Sunday, 4 December 2016

Freedom?

    Assalamu'alaikum...Ape khabar semua?Alhamdulillah SPM 2016 telah tamat dan Mission Impossible telah dapat dijawab dengan tenang walaupun penuh dengan dugaan di kala peperiksaan.Jangan lupa doakan kitaorang ni...

    Hari ini nak cakap pasal kebebasan kepada mereka yang baru lepas SPM.Adakah mereka betul-betul bebas?Semestinye tidak walaupun sekolah telah tamat pembelajaran tetapi banyak benda yang masih perlu belajar...Gunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat semua.Ajar adik-adik di rumah yang mana tak beberapa pandai untuk ajar adik-adik pergilah bekerja,ambil lesen ke,tolong ibu&bapa ke,belajar daripada buku-buku ke...Masih banyak yang  perlu dilakukan oleh mereka dan tanggungjawab ini perlu dilakukan terutamanya tanggungjawab kepada agama.Kebanyakkan mereka di sana sebelum SPM berdoa dan solat bak malaikat tetapi selepas tamat SPM terus bertukar 360 darjah.Memang bagus sebelum SPM berdoa,solat dan macam-macam benda baik lagi dilakukan tetapi sepatutnya kita sebagai muslim istiqamah adalah yang terbaik. walaupun SPM dah tamat.Ingat ibadah itu memang diterima oleh ALLAH(InsyaALLAH) tetapi ingatlah adakah doa kita ALLAH perkenankan?Sentiasalah berdoa dan bersolat walaupun selepas habis SPM,walaupun dah dapat keputusan yang gempak atau tak gempak kerana doa,tawakal,ikhtiar dan istiqamah adalah kunci kepada kejayaan di dunia dan akhirat...Gunakan masa yang ada dengan benda bermanfaat kerana masa sihat dan lapang sentiasa dibaziri oleh manusia.
 
   Akhir kata,'Always be positive with what gods desire for you and always do the right thing'.Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat...Assalamualaikum(mintak maaf sebab baru post)

Friday, 11 March 2016

The impossible!

    Assalamu'alaikum dan selamat pagi....Hari ini cuma nak kongsikan perasaan selepas tandatangan untuk SPM...Betapa debarnya saya bile nak tandatangan untuk spm.tambahan pula 12 subjek untuk peperiksaan yang saya akan ambil dalam masa setahun dengan perlu cover subjek form 4 yang tak belajar lagi kesemuanya kecuali bm,sejarah dan bi...wouish memang x boleh bayangkan apa yang akan berlaku...belajar lebih kurang 12 campur dengan form 4 kiranya belajar 22 subjek dalam setahun...Adakah saya mampu untuk melakukan THE IMPOSSIBLE?Semuanya perlukan usaha,ikhtiar dan doa....
     Sebelum mengakhiri post ini,saya ingin mengucapkan tahniah kepada teman seperjuangan ku yang telah menghabiskan peperiksaan SPM dengan cemerlang dan melakukan yang terbaik untuk diri anda...Saya sendiri tak percaya yang saya sudah pun berumur 18 tahun tapi baru nak ambil SPM...Doakan saya supaya dapat buat yang terbaik dan dapat yang terbaik dalam SPM nanti...Sokongan semua pihak amat diperlukan untuk merealisasikan misi saya 'THE IMPOSSIBLE' bersama beberapa rakan saya..Assalamu'alaikum.HOPE FOR THE BEST AND BE THE BEST!