Sunday, 4 December 2016

Freedom?

    Assalamu'alaikum...Ape khabar semua?Alhamdulillah SPM 2016 telah tamat dan Mission Impossible telah dapat dijawab dengan tenang walaupun penuh dengan dugaan di kala peperiksaan.Jangan lupa doakan kitaorang ni...

    Hari ini nak cakap pasal kebebasan kepada mereka yang baru lepas SPM.Adakah mereka betul-betul bebas?Semestinye tidak walaupun sekolah telah tamat pembelajaran tetapi banyak benda yang masih perlu belajar...Gunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat semua.Ajar adik-adik di rumah yang mana tak beberapa pandai untuk ajar adik-adik pergilah bekerja,ambil lesen ke,tolong ibu&bapa ke,belajar daripada buku-buku ke...Masih banyak yang  perlu dilakukan oleh mereka dan tanggungjawab ini perlu dilakukan terutamanya tanggungjawab kepada agama.Kebanyakkan mereka di sana sebelum SPM berdoa dan solat bak malaikat tetapi selepas tamat SPM terus bertukar 360 darjah.Memang bagus sebelum SPM berdoa,solat dan macam-macam benda baik lagi dilakukan tetapi sepatutnya kita sebagai muslim istiqamah adalah yang terbaik. walaupun SPM dah tamat.Ingat ibadah itu memang diterima oleh ALLAH(InsyaALLAH) tetapi ingatlah adakah doa kita ALLAH perkenankan?Sentiasalah berdoa dan bersolat walaupun selepas habis SPM,walaupun dah dapat keputusan yang gempak atau tak gempak kerana doa,tawakal,ikhtiar dan istiqamah adalah kunci kepada kejayaan di dunia dan akhirat...Gunakan masa yang ada dengan benda bermanfaat kerana masa sihat dan lapang sentiasa dibaziri oleh manusia.
 
   Akhir kata,'Always be positive with what gods desire for you and always do the right thing'.Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat...Assalamualaikum(mintak maaf sebab baru post)