Friday, 12 June 2015

Love...???

Assalamu'alaikum,jadi ini yang terakhir untuk cuti pertengahan tahun ini....hari ini  aku ingin kongsikan tentang cinta....kenapa cinta...well as we all know ramai yang gagal dalam ujian hati ini dan tak ramai yang berjaya mengharungi ujian ini...
hmm...ada orang kata cinta itu fitrah...macam mana pulak boleh jadi ujian...tak akan lah ALLAH turunkan sesuatu secara sia-sia mesti ada sesuatu yang ingin dia sampaikan iaitu ujian.....walaupun yang turun itu nikmat ia tetap ujian kenapa kerana ALLAH ingin melihat kita gunakan nikamt itu untuk apa contohnya kita dapat gaji lebih....kalau kita lihat dari zahir rezeki datang tapi kalau kita lihat lebih mendalam kita akan lihat ia berupa ujian....dengan apakah kita akan gunakan duit lebih itu untuk berhibur atau untuk sedekah kerana kesemua nikmat itu datang daripada ALLAH...dan juga bersyukur terhadap nikmat yang diberikan kepada kita...
Cuba kita lihat berapa ramai orang yang begitu banyak nikmatnya tapi tak bersyukur dan tak gunakan untuk kearah kebaikan....
Ok kita balik kepada tajuk utama kita iaitu cinta...mengapa cinta itu ujian kerana ALLAH ingin lihat sebaik mana kita dapat menjaga perhubungan kita terhadap-NYA....dan ramai yang kalah disebabkan syaitan dan nafsu mengambil kesempatan supaya kita leka dan alpha dengan apa yang kita lakukan...lihat zaman sekarang macam-macam jenis couple ade...couple islamik paling tak boleh belah sekali...aku nak cakap kalau nak couple islamik bukan macam yang orang zaman sekarang buat tapi pergi rumah ayah dia dan cakap terus bila mampu dan sudah bersedia....kalau tak bersedia lagi senyap dan sesekali cakap dengannya...hormatinya dengan tidak bercakap dengannya dan selalu doakan kesihatan,keselamatan dan berharap dialah jodoh kita dan jika dia bukan jodoh kita maka biarkan dan reda dan doakan dia yang terbaik bersama jodohnya baru betul...dan satu lagi kalau suka dekat seseorang itu jangan sesekali cakap kat orang lain (walaupun sahabat baik sekali pun)atau dia sendiri, biar hanya ALLAH dan kamu sahaja yang tahu...Cinta ini memang pelik dan keliru dan tak ada siapa yang boleh menjangkakan bila dia boleh jatuh cinta sesama makhluk....jadi sentiasa jaga hati kamu sebaik-baiknya dan jagalah hubungan kamu dengan pencipta-MU
Itu sahaja yang saya boleh kongsikan setakat ini,mohon maaf jika terkasar bahasa,Assalamu'alaikum....jumpa di raya nanti...

No comments:

Post a Comment